Friday 2 August 2013

Dairi Hidup

Hampir 35 tahun menelusuri kehidupan ini..
suka duka pahit manis semuanya telah sebati dalam jiwaku..
semuanya mengajarku untuk menjadi lebih tabah.
tiada yang mustahil, kerana semuanya kita boleh lakukan cuma berbeza mengikut kemampuan masing-masing.

Setiap hari pasti ada dugaan, masalah yang kita jumpa.
Mengapa semua itu terjadi kepada kita?
Kenapa tidak orang lain?
Kenapa kita aje yang terkena..

Persoalan2 begini, sering bermain di fikiran.. yang pasti Allah tak akan menduga hambaNya melainkan dengan kekuatan yg ada pada hamba itu sendiri..

Bercakap memangla senang.. cuba buat...
Insya Allah, kalau minda kita positif, kita memang boleh buat..

Kita yang mengawalnya... dengan syarat;
1. perlu berlapang dada menerima ujian
2. tidak buruk sangka pada Allah
3. mensyukuri nikmat Allah, kita diuji kerana Allah sayangkan kita..
4. memilih jalan yang benar untuk berdepan dengan ujian Allah..

Yang pastinya, perlu jumpa dengan orang yg tepat utk berkongsi masalah.. salah memilih, salah keputusan akhirnya nanti..

Pasti ada cahaya untukmu...



Wallahu A'lam...

Panduan hidup orang yang terlebih makan garam,
Zurin..

No comments:

Post a Comment