Tuesday 5 February 2013

Cuba tak salahkan?

mencuba sesuatu yang baru memang menjadi kegemaranku...
apatah lagi dalam pekerjaan... apa yang difikirkan sesuai, menjimatkan masa menguruskan sesuatu perkara, mudah dicapai..sistematik..akan kucuba memikirkannya.. 

kalau bab kerja, memang aku suka... maklumlah matlamat 2012-2013 adalah untuk mencipta kecemerlangan... sebab tu urusan menambah bilangan ahli keluarga ditangguhkan dulu..hehehe...

alhamdulillah 2012 telah meninggalkan kesan yang mendalam sepanjang kerjaya ku sebagai guru. antaranya;

  • berjaya mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang bimbingan & kaunseling, daerah petaling perdana
  • berjaya lulus dalam temuduga mendapatkan lesen kaunselor berdaftar yang membawa gelaran (Cr. atau K.B.,P.A.)
  • terpilih menjadi urusetia Pengurusan Kualiti (PPD Petaling Perdana)
semuanya hasil usaha dan berkat mencuba sesuatu yang baru...

sering optimis dengan kesihatan yang ada..membuatkan aku lupa yang diri ini tak selamanya sihat.. sehinggalah cuti sekolah disember 2012.... hampir dua minggu pertama, aku lumpuh di sofa.. seram sejuk..sakit badan..kepala berdenyut2.. mungkin terlalu kepenatan kerana tenaga dan kudrat dipulun habis-habisan 3 minggu sebelum cuti sekolah tu..
lagi pun umur pun dah menjangkau 34 thn.. tak pernah sakit macam tu.. memang nikmat sihat sangat ditagih tak henti-henti..

rakan di sekolah dah lama mencadangkan untuk suplemen.. hmm.. memang aku ni tak percaya pada suplemen n kadang-kadang rasa ragu sangat.. nak buat apa suplemen klau dah sihat..selama ni pun memang aku cergas je..walaupun masa preggy..rasanya tak perlu la makanan tambahan..hehehe...

tapi Allah tu Maha Mengetahui..di mana kemampuan makhluknya..dan dibukakan pintu hati ini untuk menerima cadangan rakan merangkap kakak tersebut..

7 Disember 2012..
sehari sebelum balik kg untuk bercuti n baru rasa sihat sikit..
hantar anak ke rumah pengasuh..terus menyinggah umah kakak tu.. senangla nak bercerita bila kat umah kan.. saat tu memang nekad nak cuba.. mahal atau tidak.. pilihan ada di tangan... apa lagi.. grab je peluang yg ada..
masa tu nekad nak sihat je.. kecantikan tolak tepi..

dengan berbekalkan 4 produk (multivitamin, vitamin c, alfalfa n garlic) maka bermulalah perjuanganku dlm mencari kesihatan yg optimum... 

alhamdulillah.. sepanjang kepulangan ke kg halaman dgn pelbagai aktiviti..aku tak penat..n sentiasa bersemangat utk buat apa sj aktiviti bersama keluarga..

bermula dari situ juga la aku mula menjejak bahan bacaan mengenai produk tersebut... ternyata semua positif..hehehe timbul minat baru.. iaitu "kesihatan".. hahaha.. tak pernah terfikir untuk meminati bidang itu.. aku ni bab pegi klinik memang minta maaf laa.. selagi boleh bertahan aku bertahan untuk tidak berjumpa doktor..

sejak menggunakannya 2 bulan ni..memang satu perubahan yg nyata dapat kukongsikan ialah

  • tetap bertenaga walaupun penat
  • kurang marah bila di rumah
  • berat tak kurang tapi badan rasa ringan
  • tidur yang lena n puas
  • malas berkurangan
  • bersemangat menyiapkan tugas seharian (di rumah atau sekolah)
  • telinga dah tak sakit lagi (saya memang selalu ada masalah telinga, tahi telinga keras ada kalanya melekat di gegendang tambah plak ada resdung..ada cecair keluar n gatal xleh nak cakap la)
alhamdulillah.. nikmat sihat dinikmati seisi keluarga

anak-anak pun diberi makan vitamin c n makanan tambahan yg lain

mereka cepat baik kalau selsema atau demam.. selera makan pun dah bertambah..
suami dah kurang bersin pagi-pagi sebab dia ada resdung.. kalau dulu, sekali bersin.. bleh muntah kami anak-beranak..

nak tau apa kami sekeluarga makan?

ni dia...

ini la produk yg mula2 saya try..

1) Vit C - anti oksidan yg kuat, menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot n pembuluh darah

2) Vitalea -multivitamin n mineral, meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata, meningkatkan kekuatan tulang n imunisasi serta memberi perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

3) Alfalfa Complex - alfalfa kaya dgn pelbagai zat, kalsium, fosforus, zat besi n magnesium, klorofil dll... ia akan bantu membuang apa yg tidak sepatutnya ada dlm badan

4) Garlic - saya n suami amalkan bawang putih utk bantu kurangkan resdung .. ia juga bantu mengekalkan tekanan darah normal n tahap kolestrol, menggalakkan kesihatan kardiovaskular dll...

5) Chewable Vita-C Plus - untuk anak2..anak sy kerap demam...ada 3 org, sorg demam, demam smua..tambah2 c kecik yang memang hanya menyusu badan 2 bulan shj.. ia menguatkan fungsi imunisasi dgn rasa citrus yg hebat.. sesuai utk kanak2 atau dewasa yg sukar nk menelan.. 

Alhamdulillah semuanya dgn izin Allah.. kita hanya ikhtiar yg terbaik utk keluarga..
tak salahkan kita mencuba perkara yang baik?

zurin 012-9262992 : id no. 93 33 41

No comments:

Post a Comment