Monday 4 February 2013

dia datang

Assalamualaikum..

bersyukur kerana berpeluang membuka blog baru setelah sekian lama mematikan blog terdahulu..

apa yang pasti kali ini lebih optimis utk menghidupkan blog ini.. ada sebabnya.. insya Allah akan dikongsikan satu persatu..

baru nak bernafas dari kerja-kerja sekolah yg hampir selesai..nampaknya, perkara yg ditunggu-tunggu dah pun tiba di sekolah tadi.. rakan sejawat yg menjemputnya dari ppd.. bila dilihat bahannya agak menggerunkan.. perlukan kekuatan untuk study bahan-bahan tersebut..

perkara pertama yang perlu dibuat ialah membaca manual prosedurnya...
kedua : perbincangan pelaksanaan dgn rakan sejawat n bos
ketiga : menetapkan jadual pelaksanaan..
keempat : memperbanyakkan bahan...
kelima : hebahan kepada guru n murid
keenam : pelaksanaan n kutipan data
ketujuh : memproses data
kelapan : merekod data ke dlm program yg ditentukan
kesembilan : membuat rumusan
kesepuluh : membentangkannya kpd guru
kesebelas : menyimpan rekod

mm.. bila dah kenal pasti...senangla nak melaksanakan kerja...

PBS Psikometrik dah datang..
bersama menjayakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Psikometrik (PPsi)..


Psiko - berkaitan jiwa
Metrik - mengukur..

Psikometrik : hal yg berkaitan dgn mengukur jiwa

PBS terdiri daripada 2 perkara :

1) PBS Akademik
2) PBS Bukan Akademik

PBS Psikometrik (PPsi) berada di bawah PBS Bukan Akademik bersama dengan PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan N Kokurikulum)

tujuan PPsi : untuk mengukur kebolehan semulajadi dan kebolehan yang diperolehi, kemahiran berfikir, kem. menyelesaikan masalah, minat kerjaya, kecenderungan, sikap n personaliti murid.

kaitan PPsi dgn Pentaksiran Sekolah : maklumat yang diperolehi daripada PPsi boleh digunakan oleh guru untuk menyesuai dan mempelbagaikan kaedah PdP serta pembinaan instrumen Pentaksiran Sekolah.

PPsi perlu dilaksanakan melalui 2 inventori;
1) Inventori Minat Kerjaya (IMK) - ada 120 soalan
2) Inventori Tret Personaliti (ITP) - 150 soalan

bayangkan kami perlu menjalankan PPsi kpd 670 (ting 1) n 640 (ting 2)..
harap dapat melaksanakannya dengan baik..

sekian, untuk 4 Februari 2013



No comments:

Post a Comment