Saturday 16 February 2013

begini akhirnya...

20 tahun yang lalu... sewaktu berusia 14 tahun...

aku seorang murid yang pendiam... rasa rendah diri menghantui apatah lagi bersekolah di sekolah yang agak ternama ketika itu. tidak dinafikan, ada tangan-tangan yang membantu untuk aku masuk bersekolah di situ. malu juga rasanya bila menggunakan kabel tapi takde la sape yang tau masa tu.. maklumla keputusan hanya 3A 1B.. badge 1991 tu.. tak ramai yg 3A 1B.. semuanya 4A.. 

pengalaman tinggal di asrama, bersekolah di sekolah agama... amat meninggalkan kesan yang positif dalam diri saya. mujur abah menghantar aku ke sekolah tu.. kalau tidak, tak tahula aku jadi apa.. itu pun, pada masa tu aku tak gunakan peluang sebaiknya.. dlm PMR pun just dapat 3A 4B 2C.. main-main lagi, kawan2 yg cerdik pandai tak digunakan sebaiknya.. SPM just dapat pangkat 1 dengan agregat 16.. banyak tu... ramai kawan dapat under 10.. kawan2 kelas sains pun bleh dapat under 15... malu rasanya nak amek result..

dapat sambung belajar tp bukan di U macam kawan2 yg lain... rasa rendah diri sgt2 menghantui.. menyesal pun dah takde gunanya... masa tu la aku dapat rasakan, minggu orientasi di kolej tu sangat membantu.. tak dapat masuk U, bukan bermakna kita ni tak berjaya.. bertitik tolak dari situla aku belajar sungguh.. yang kelakarnya.. masuk kolej tu pun atas nama kabel jugak.. pegi interview pun, buat syarat je.. 

setiap sem aku cuba dapatkan sijil dekan.. bersaing dgn room-mate.. tapi memang xleh lawan dia.. hebat betul otak dia.. aku hanya bleh dapat dekan untuk 3 sem yang terakhir je.. xpelaa.. dapat juga CGPA akhir 3.68... ok la tu, grad dgn Sultan Mizan yg bagi diploma.. beruntung apa..

dua tahun aku tanam anggur, kononnya menunggu panggilan posting, maklumlah diploma pendidikan.. tapi sia2 je, bukan tak usaha.. dah turun naik JAPIM, KL.. dah calling.. dah bukan rezeki kat situ.. 

2001...memulakan kehidupan sebagai siswa B&K.. 4 tahun bergelumang mengharungi hidup di perantauan. belajar tuk berani, mengatasi rendah diri, proaktif, tidak lagi segan tampil di depan. 

semester pertama - belajar mengenal diri, kaji diri sendiri
semester kedua - belajar mengenali keluarga terdekat, kaji anak buah..
semester ketiga hingga ketujuh - belajar mengenali dunia luar.. mengkaji kehidupan di Henry Gurney, Rumah pemulihan akhlak, rumah orang2 tua, rumah pengasih dan lain2 lagi..
semester kelapan - mempraktikkan apa yang dipelajari di lapangan sebenar. SMK Raja Shahriman, Beruas, Perak.

sepanjang kehidupan di kampus, hidupku tak sunyi dari aktiviti universiti dan kolej.. pada asalnya hanya ikut2 kawan.. tapi akhirnya aku jatuh cinta dengan kehidupan aktiviti sukarelawan.. pendek kata kalau cuti sem 3 bulan, hanya sebulan je aku balik kg.. 

tak pernah terkecuali menjadi jk Minggu Suai Kenal (MSK USPI), ada keluarga angkat kat Jeli, Slim River, Pasir Salak dan Kedah.. pegang jawatan di Blok bermula sem 1 hingga sem 7.. wakil Jw Pembangunan Mahasiswa Kolej ke kursus2 luar.. menjadi fasilitator di sekolah2 terdekat.. sertai larian, menjadi PEERS (Pembimbing Elit Rakan Sebaya), jadi orang kuat badan penaja Persatuan Bimbingan & Kaunseling UPSI.. JK Kejohanan Rakan Muda NIECO Challenge Merdeka, amek kelas Bahasa Mandarin.. tapi yang pentingnya sijil dekan sejak sem. 3 sampai sem akhir.. 

dan kenangan yg paling manis bila dinobatkan sebagai penerima pingat emas Naib Canselor dengan CGPA 3.45.. dapatla pingat emas, sijil & wang tunai rm500.. buat bekalan nak pegi posting nnt..
macam mana bleh dapat pingat tu? 

bukan mudah sebab aku kena dapatkan pointer tertinggi di antara kawan2 satu course (45 orang)... tu pun dapat pintas roommate saat2 akhir.. Alhamdulillah.. dapat.. dah la masa belajar tu, kena bersaing dgn adik2 yg 3-4 thn lebih muda.. hebat2 blaka.. aku ni dah lama x study.. memang usaha giler2 la.. untuk jadi yg terbaik.. senyum sampai sekarang.. yelah dapat naik pentas dua kali depan ma abah serta tunang masa tu.. sapa tak suka dpt banggakan ma & abah.. Alhamdulillah.. 

sepanjang 4 thn tu la aku belajar untuk lebih berani bercakap, berucap, bentang... cara berkomunikasi, cara makan di meja makan, protokol, jadi penyambut tetamu majlis besar2, organize pilihanraya..jadi polis trafik, minta sponsor, pegi RTM utk dapatkan liputan utk prog kat U.. jd ajk makanan utk atlet2.. wat research seluruh malaysia.. memang pengalaman yang memanusiakan Zurina Samhah Mohd Nor la.. dari pendiam, tak pandai nak bercakap, rendah diri, sering merasa diri ni tak cantik, tak pandai macam2 lagi la.. 

dengan pengalaman tu la aku lebih yakin dan terampil untuk duduk sebaris dengan rakan2 yg lain. mungkin apa la sangat jadi cikgu berbanding lawyer, doctor, accountant, lecturer.. tapi aku yakin, sumbangan aku pun menjadi sebahagian dari kejayaan mereka yang telah berjaya.. 

aku terus yakin, untuk menjadi yang terbaik dalam kerjayaku.. nantikan sambungannya...

sekadar perkongsian.. ambil yg baik tuk teladan.. 

2 comments:

  1. Ya~!!!... ini laa kekanda saya... we luv u so much~!!

    ReplyDelete