Sunday 3 March 2013

ESP & Ostematrix

baru selesai menyiapkan perekodan psikometrik.. Alhamdulillah... masih bertenaga walaupun telah 2 minggu (10 hari) non-stop melaksanakan pentaksiran... 

18 hb Februari (Isnin) bermula pentaksiran psikometrik (inventori tret personaliti- ITP) untuk 1 Adil sehinggalah 28hb Februari (Khamis) untuk 1 Prihatin.. bayangkan ada 17 buah kelas perlu dilangsaikan tanggungjawab ini keseorangan... memang setulus hati saya bersyukur kepada Ilahi kerana mempertemukan saya dengan Shaklee... 

kalau dulu,saya sering kekejangan kaki... sejak sekolah.. sehinggalah berkahwin & mengandung... kalau pakai kasut bertumit lagi la.. memang dua tiga tahun kebelakangan ni saya memang beli kasut yg tapaknya rata.. takde pilihan la kan.. tak larat nak menanggung sakit & tidur pun terganggu dek kekejangan urat.. kalau bawa kereta manual pun, memang lenguh2 kakiku... kini, tidak lagi sebab kereta dah auto..

berbalik kepada cerita pentaksiran tadi.. setiap hari saya akan masuk kelas, memberi penerangan/ taklimat/ arahan... edar kertas jawapan & soalan.. menulis maksud perkataan (maklumlah tingkatan satu.. ada lebih kurang 25 perkataan yg mereka tak paham...)

lepas tu.. round satu kelas melayan kemusykilan & pertanyaan.. tambah2 bila ada kaum cina & india.. bukan nak merendah2 kan kemampuan mereka.. tapi murid melayu pun kurang faham dengan istilah tertentu.. apa lagi mereka.. 
sebagai guru, mereka perlu dibantu.. melayan karenah mereka tanpa jemu.. cikgu, majlis keramaian tu apa? kejayaan itu tiada batasnya tu macam mana cikgu? menjadi penggerak kepada kumpulan? cikgu, dah siap.. nak buat apa pulak? bayangkan anak murid ada paling kurang 34 orang... maksimum..38org satu kelas.. maka macam2la pesennya..

bila dah siap jawab..kena bagitau pula mcm mana cara nak kira jawapan masing2 untuk memudahkan murid paham apa hasil pentaksiran ke atas mereka... barulah saya menerangkan maksudnya.. apa tu autonomi, kreatif, agresif ekstrovert, pencapaian, kepemimpinan, kritik diri, ketelusan dan lain2.. ada 15 item semuanya.. memang pedih jugakla tekak nk menghabiskan interpretasi.. udah memang kerja ku macam tu.. abis kelas Adil, kelas Bakti pulak..cekap, damai, ehsan, fasih sehingga Prihatin..

selesai pelaksanaan.. maka perlu urusan merekodkan keputusan ke dalam borang lagi satu.. ni belum lagi key-in dalam sistem.. Lembaga Peperiksaan belum edarkan cd software nya.. tunggu jelaa.. yg mana ada, buat dulu.. 
begitula serba sedikit apa yg berlaku pada siang seorang guru bimbingan & kaunseling... belum lagi turun naik mencari murid, urusan di pejabat sekolah, solat.. makan.. 

alhamdulillah.. sehingga ke hari ni, saya masih bertenaga... kakipun tak lenguh..walaupun tahun ni saya berani melaburkan duit utk membeli kasut yg tingginya satu inci.. hehehe memang la tak tinggi mana pun, tp dgn penggunaannya turun naik tangga & berjalan sekeliling kelas.. mau bengkak juga labu betis.. balik rumah, perlu pulak bersilat dgn anak2.. nk tunaikan permintaan 3 org anak, saya kekal bertenaga.. walaupun penat.. kurangla marah2 kat anak.. kalau tak, anaklah jadi mangsa..

nak tau apa rahsianya..
 hari2 minum ESP+sunquick atau ESP+sirap... fuh sedap.. 
hanya satu sudu untuk satu gelas. minum 2 kali sehari antara breakfast & lunch (11 pagi) dan antara lunch & tea dinner (4-5ptg)... satu canister (850g) tahan satu bulan setengah jika sorang minum... cubalaa..

satu lagi rahsia kaki tak lenguh.. ialah Ostematrix... ia mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, zinc, copper, manganese (mangan- bantu pembinaan tulang) & boron...kaya dgn pelbagai mineral.

hanya perlu makan 4 kaplet 2x sehari selepas makan.. tp saya amek sebelum tidur 4bj sekali gus..

alhamdulillah, kita perlu berusaha.. walau apapun, semuanya dgn izin Allah.. berdoalah agar kita sentiasa di beri kesihatan untuk beribadah kepadaNya..

bermula 1 Mac hingga 13 Mac...adalah pentaksiran psikometrik fasa kedua iaitu Inventori Minat Kerjaya pula... semoga terus diberi kekuatan, Aamiin ya Rabb..

jika berminat, hubungi saya
012-9262992 (zurin)
id no 933341

No comments:

Post a Comment